Selamat Datang


Selamat datang ke Rizqi Qurban 1445H/2024M.

Ikuti Informasi Terkini Pelaksanaan Ibadah Korban di Kemboja dan Malaysia oleh Pertubuhan Kebajikan Rizqi Barokah Malaysia (RIZQI) 

PPM-047-06-27032023

  KLIK DI BAWAH UNTUK INFO & INFAQ KEMBARA MUJAHADAH 




BISMILLAHIRRAMANIRRAHIM...

Alhamdulillah pada tahun 2024 sekali lagi Pertubuhan Kebajikan Rizqi Barokah Malaysia berpeluang untuk menganjurkan sekali lagi Projek Rizqi Qurban , Ibadah Kita Kebahagiaan Mereka.

Pada tahun 2024 ini, kita telah melaksanakan amanah ibadah korban di Kemboja dan Malaysia. Pelaksanaan di Kemboja dilaksanakan di Perkampungan Krakor, Daerah Pursat. Perlaksanaan di Malaysia dengan kerjasama bersama Madrasah Tahfiza Al-Quran Darul Tain di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

RIZQI QURBAN DI KEMBOJA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Sebanyak 18 ekor lembu dan 12 ekor kambing sedekah ibadah korban yang diamanahkan oleh 134 peserta telah berjaya dilaksanakan oleh Tim Rizqi Qurban pada tahun ni.

Majlis perlaksanaan ibadah korban dimulakan daripada jam 9 pagi, diselitkan dengan majlis pembahagian infaq keperluan asas kepada asnaf tempatan pada jam 12 tengahari waktu Kemboja, dan bersambung kembali seusai majlis pembahagian infaq. Perlaksanaan ibadah korban selesai lebih kurang jam 5 petang waktu Kemboja.

Makluman selesai pelaksanaan telah segera disampaikan kepada semua peserta sebaik sahaja team di Kemboja menyelesaikan perlaksanaan korban.

Berikut adalah senarai nama Peserta Rizqi Qurban yang telah dilaksanakan ibadah korban bagi pihak mereka.

LEMBU 18 EKOR

KAMBING 12 EKOR


Ibadah Korban 1444H 2023M

Alhamdulillah... Pada 10 Dzulhijjah 1444H bersamaan Hari Khamis, 29 Jun 2023M, Tim Rizqi Qurban telah melaksanakan amanah untuk pelaksanaan ibadah korban bagi 63 orang peserta.

Sebanyak 8 ekor lembu & 7 ekor kambing telah selamat dikorbankan antara jam 9 pagi hingga 2 petang 10 Dzulhijjah 1444H di Perkampungan Krakor, Kemboja.

Tim Rizqi Qurban juga dapat bersama-sama meraikan Aidiladha dengan penerima sumbangan korban dan hasil kutipan infaq korban, sebanyak 100 set keperluan asas telah disampaikan sumbangannya kepada keluarga asnaf yang memerlukan.

Berikut adalah senarai nama Peserta Rizqi Qurban yang telah dilaksanakan ibadah korban bagi pihak mereka.

KAMBING 7 EKOR


LEMBU 8 EKOR




Rizqi Qurban